Fbb

*[SEBAR | VIRAL | TULAR]*

*PROWARIS MEDIA*
*FAN BINGBING, FALLACY PELANCONGAN*

_Oleh Hezri Sardi pada Rabu, 19 Jun 2024_

Kerajaan Melaka melantik artis China, Fan Bingbing sebagai duta pelancongan negeri.  Menurut penyokong kerajaan, wanita ini pernah berlakon dalam filem X-Men (saya tak pernah tonton, tapi semua orang kata dia hanya macam pelakon sampingan).  Penyokong kerajaan juga kata Instagram dia ada “banyak follower” (Kat sini pun dah kantoi, sebab dalam bisnes pun, pasaran atau follower media sosial mesti target ikut segmen, dan nampaknya follower dia kebanyakan China?)

Penyokong perlantikan Fan Bingbing rata-rata keluarkan hujah dangkal yang tak menerangkan secara khusus siapa yang dapat manfaat “ekonomi” daripada Fan Bingbing.

Isu ini saya amat faham. Saya sejak belasan tahun lalu dah terlibat dengan Persatuan Pelancongan Melaka (MTA). Saya juga pernah jadi satu-satunya swasta yang menjalankan kursus Tourist Guide (Pemandu Pelancong) di Melaka. Dalam sesi DUN Melaka 2023, saya jadi pemerhati dalam tu, dan antara soalan saya diajukan oleh ADUN pembangkang ialah  kenapa kerajaan negeri keluar duit menggajikan Pemandu Pelancong yang entah apa apa sedangkan pada zaman DS Najib, ada banyak graduan daripada Kursus Tourist Guide tadi, dan ADUN kerajaan belit-belit tak jawab soalan kami.

Saya juga baru-baru ini menghabiskan hampir 2 hari berjalan 1.5 km di bawah panas untuk tanya peniaga di Bandar Hilir (tempat Fan Bingbing ambil gambar) untuk dengar keluhan mereka tentang bisnes merudum akibat penutupan jalan di situ. Video untuk salah satu hari itu jadi Viral.

Saya dah beberapa kali tulis pasal salahfaham kita terhadap potensi industri pelancongan. Ada pihak berbohong tentang angka kemasukan pelancong asing supaya kerajaan saban tahun berbelanja besar untuk pelancongan walhal hanya sebilangan kecil pemain industri yang menikmatinya. Sama macam di luar negara. Misalnya, kita sangka Dubai jadi kaya kerana sektor pelancongan tapi hakikatnya tidak. Sebahagian besar kawasan di sekitar Dubai kelihatan miskin. Tak keterlaluan kalau kata pelancong asing dapat untung daripada perbelanjaan besar kerajaan Dubai berbanding orang tempatan!

Saya ambil contoh Persatuan Pelancongan Melaka (MTA), hanya beberapa kerat saja Melayu. Jika kita nak masuk mendalam ke industri pelancongan pun, kita boleh pecahkan kepada: Outbound (pelancong Malaysia ke luar negara) dan Inbound (pelancong asing ke Malaysia). Kerajaan belanja besar untuk Inbound tapi manfaat tak pergi kepada semua orang.

Misalnya, dalam temuduga kami kepada penarik beca dan peniaga Bandar Hilir baru-baru ini, mereka kata yang selama ni beli daripada mereka ialah pelancong tempatan, iaitu Melayu. Pelancong Asing, misalnya China, Taiwan ikut itinerary oleh pemandu pelancong/ Agensi Inbound, hanya beli singgah di kedai terpilih. Tanpa tinjauan terbaru itu pun, tabiat Agensi Inbound ini semua dah tahu!

Lucunya, bila Fan Bingbing datang hari tu pun, dia hanya bergambar di hotel dan restoran mewah. Belum apa-apa dah kantoi!

Dan saya juga banyak kali kata yang kemasukan pelancong asing tak menaikkan nilai Ringgit kerana nilai Ringgit ditentukan oleh Bank Negara dan Licensed Onshore Bank (LOB). Tak kisah berapa banyak pelancong asing masuk, nilai Ringgit tak akan melonjak!

Kesimpulannya, pelantikan Fan Bingbing sebagai Duta Pelancongan Melaka hanya untungkan sekumpulan kecil pemain industri Melaka. Ini kerana realiti sektor pelancongan hanya dalam Mikro, bukan mikroekonomi. Mikro bermaksud ia hanya lah persaingan antara pemain pemain industri pelancongan saja, jangan kata majoriti rakyat tak merasa, bahkan sebahagian besar pemain pelancongan pun tak dapat nikmati.

*HEZRI SARDI*
Ahli Kehormat (Ekonomi)
Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris)